Kehadiran Briged 8200 di Malaysia ancam negara, langkah keselamatan perlu diperketat – ABIM Sabah

KOTA KINABALU – Dakwaan kehadiran Briged 8200, unit risikan tentera Israel yang  berada di Malaysia menimbulkan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan negara, khususnya melalui platform media sosial.

Menurut Yang Dipertua Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Sabah, Mohd Zikri Zainudin kehadiran ejen risikan asing bukan perkara baharu malah berlaku di negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Nepal.

“Briged 8200 ini memang terkenal dengan operasi siber dan risikan. 

“Kalau ada warga tempatan, khususnya orang kita sendiri atau Islam yang terlibat ia boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara dan agama,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press selepas  Himpunan Sumud Flotilla (Zon Sabah) di Masjid Negeri, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, penglibatan rakyat Malaysia dalam membantu rangkaian risikan asing dilihat berbahaya kerana boleh menimbulkan huru-hara serta memanipulasi isu-isu sensitif dalam masyarakat.

Katanya lagi, langkah kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu diperketat bagi mengekang ejen risikan daripada menggunakan media sosial sebagai medan penyebaran agenda.

“Saya harap MCMC dan pihak berkuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dapat ambil maklum perkara ini. 

“Kalau boleh setiap akaun media sosial perlu mempunyai pengesahan identiti supaya kita boleh mengesan mereka yang cuba menghuru-harakan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang terbukti terlibat dengan jaringan risikan asing tersebut.

“Kalau mereka ini rakyat kita, tangkap dan cubalah dididik semula. 

“Kita kena semaikan kembali jati diri sebagai anak Malaysia, hayati Rukun Negara dan budaya kita. 

“Tanpa akar ini, rakyat mudah dipengaruhi pihak luar,” katanya.

Menurut beliau, ancaman risikan asing bukan hanya sekadar teori konspirasi, sebaliknya pernah mencetuskan ketegangan politik dan sosial di beberapa negara serantau. 

“Oleh itu, tindakan awal amat penting bagi memastikan kestabilan serta keselamatan negara terus terpelihara,” ujarnya. 

Sebelum ini, Zainal Rashid Ahmad yang merupakan seorang aktivis kemanusiaan dan juga bekas wartawan dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok @Hafyzy Zakry berkata, Briged 8200 merupakan briged media baharu yang diselia oleh Israel Defence Force (IDF).

Beliau berkata, sekiranya berdepan dengan kumpulan Briged 8200, masyarakat perlu bangkit menentang meskipun menyedari taktik licik yang digunakan kumpulan tersebut. 

Katanya, Briged 8200 tidak lagi hadir dengan senjata untuk membunuh orang Melayu yang menyokong Palestin, sebaliknya menggunakan strategi halus untuk merosakkan pemikiran masyarakat agar cenderung menyokong Israel. 

Zainal turut menjelaskan bahawa briged media sosial Israel itu menerima peruntukan besar daripada Kementerian Pertahanan Israel, sekali gus menuntut masyarakat agar lebih berhati-hati terhadap pengaruhnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan