Sabah, Sarawak tidak pernah terpinggir dalam agenda pembangunan – Hanifah

TAWAU – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi keutamaan terhadap Sabah dan Sarawak dalam agenda pembangunan negara. 

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, keutamaan kerajaan itu meliputi aspek kemajuan kewangan, kerjasama erat negeri dan persekutuan serta pelaksanaan program pembangunan. 

“Saya berasal dari Sarawak dan melihat bahawa ahli-ahli Kabinet juga terdiri daripada wakil Sabah dan Sarawak. 

“Oleh itu, kita tidak boleh berdiam diri jika kepentingan negeri kita ketinggalan.

“Kita mahu membangunkan negeri bersama-sama tetapi dalam masa yang sama perlu bersikap adil dan saksama dalam menentukan suatu keutamaan,” katanya pada program Jelajah Jalinan Borneo Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini, pada Jumaat. 

Menurut Hanifah, Kerajaan Negeri juga harus berani menyuarakan pandangan agar segala pelaksanaan dapat dibuat secara adil dan seimbang. 

“Jika wujud salah faham, akan sukar untuk mencapai persefahaman. Sebab itu kita perlu berbincang mengenai kepentingan masing-masing dan mencari jalan bagaimana untuk membangunkan negeri secara bersama,” katanya. 

Mengenai Jalinan Borneo itu, Hanifah berkata, pihaknya mahu memastikan suara rakyat di pedalaman didengarkan termasuk kepentingan serta kekurangan yang dihadapi.

“Ini adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian agar hala tuju pembangunan bukan sahaja dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi tetapi turut diserapkan dalam kementerian lain misalnya kepentingan pembangunan infrastruktur melibatkan kementerian pelaksana seperti Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),” ujarnya. 

Pada Ogos lepas, Jelajah Jalinan Borneo RMK13 bermula di Keningau, diikuti Sri Aman, Mukah dan Miri di Sarawak sebelum berakhir di Tawau.

Related Posts

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

JOHOR BAHRU – Kenyataan kontroversi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan pihak Istana dengan pembubaran Dewan Negeri Johor mengundang reaksi keras apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mencadangkan penubuhan Pasukan Pelaut di sekolah-sekolah sebagai platform memperkenalkan peluang kerjaya dalam industri maritim kepada pelajar. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram