Aspirasi akar umbi jadi asas pendirian STAR tanding solo PRN17

KOTA KINABALU – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan pendirian tentang keputusan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) adalah berasaskan aspirasi akar umbi yang mahu parti tempatan memimpin pentadbiran negeri tanpa campur tangan luar.

Menurut Ketua Penerangannya, Anuar Ghani, pendirian berkenaan dibuat setelah meneliti perkembangan politik semasa, termasuk hasil mesyuarat Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau turut menjelaskan keputusan dibuat selepas meneliti situasi perkembangan politik semasa, termasuk kenyataan Presiden STAR, Dr Jeffrey G. Kitingan.

“Sekiranya Mesyuarat Majlis Presiden GRS memutuskan untuk meneruskan pakatan pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) dan yang sepasukan dengan BN/UMNO, maka STAR akan bergerak secara solo.

“Pada asalnya, STAR hanya mencadangkan agar PH mempertahankan 7 kerusi penyandangnya di bawah logo GRS.

“Namun, Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS dilaporkan menawarkan sehingga 21 hingga 23 kerusi kepada PH, sesuatu yang dilihat bercanggah dengan sentimen rakyat Sabah.

“STAR menegaskan bahawa jika GRS memilih untuk bergerak solo, parti ini akan bersama. Tetapi jika GRS memilih bersekongkol dengan PH dan BN, STAR tidak boleh menyokong kerana ia menentang suara majoriti rakyat,” katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat.

Jelasnya lagi, pendirian STAR dibuat berdasarkan adalah hasil penelitian mendalam terhadap aspirasi rakyat Sabah, berlandaskan 11 prinsip utama.

Tambah beliau, perjuangan solo STAR adalah untuk mengangkat suara rakyat Sabah sebagai mandat, di samping menegaskan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan prinsip pentadbiran telus.

Anuar berkata, Presiden STAR sebelum ini pernah menegaskan bahawa rakyat adalah penentu dalam pilihan raya kerana mereka yang menentukan dan yang mengundi, maka tidak mungkin beliau menentang rakyat.

Related Posts

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

LIMBANG – Majlis Daerah Limbang (MDL) akan melaksanakan kerja membaik pulih siling bangunan Tamu Limbang yang runtuh menerusi projek naik taraf bernilai RM1 juta hasil pembiayaan kerajaan Sarawak. Pengerusinya, Sufian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

KUANTAN – Pengundi kali pertama (Undi18) dilihat memainkan peranan penting dan terus menjadi fokus penyumbang utama kemenangan parti bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, pelbagai pendekatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit