Pekerja ditahan seleweng wang dan barangan pos

KABONG  – Polis menahan seorang kakitangan Pos Malaysia selepas disyaki menyeleweng wang syarikat berjumlah RM5,613.87 serta gagal memulangkan 69 item serahan kepada pihak syarikat.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan selepas pihak Pos Malaysia Berhad melalui Pengurus Cawangan Pusat Poslaju Sarikei membuat laporan berhubung kehilangan wang kutipan dan barangan tersebut.

“Suspek ditahan di Kabong dan hasil siasatan awal mendapati beliau mengaku menyeleweng wang syarikat untuk kegunaan peribadi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah jenayah oleh pekerja. 

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan dan denda.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap wang atau barangan syarikat bagi tujuan peribadi kerana tindakan tegas akan diambil.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan