Petronas, Yayasan Petronas salur RM980,000 bantu mangsa banjir di Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dan Yayasan Petronas menyalurkan bantuan berjumlah RM980,000 sepanjang tahun ini bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sumbangan besar itu mencerminkan keprihatinan sektor swasta dalam berkongsi tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

“Saya menzahirkan penghargaan kepada syarikat-syarikat korporat, syarikat berkaitan Kerajaaan (GLC) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tampil membantu mangsa bencana di Sabah.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan Petronas dan Yayasan Petronas kerana usaha ini memperlihatkan komitmen tinggi syarikat tenaga negara dalam menjaga kebajikan rakyat ketika menghadapi bencana banjir,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Petronas menyokong kesiapsiagaan bencana di negeri ini.

Menurutnya, sumbangan terbaharu itu turut mengambil kira persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

“Melalui kerjasama erat dengan agensi negeri dan Persekutuan, kami mahu memastikan bantuan sampai tepat pada masanya apabila diperlukan. 

“Inisiatif ini juga dirancang secara proaktif setiap tahun bagi menyokong usaha kesiapsiagaan menghadapi musim banjir,” katanya.

Katanya lagi, sumbangan Petronas meliputi pelbagai keperluan seperti tilam lipat, kanopi, kipas, bekalan air minuman, pek makanan, selain kad sumbangan bernilai RM10,000 bagi pembelian bahan api untuk operasi bantuan.

Dalam pada itu, Hajiji menjelaskan sokongan sektor swasta dan NGO amat penting dalam melengkapi usaha kerajaan, sekali gus mempercepatkan pemulihan mangsa bencana.

“Kerajaan Negeri berharap lebih banyak syarikat korporat tampil membantu. 

“Dengan adanya sokongan padu seperti ini, kita dapat memastikan bantuan sampai segera dan berkesan kepada rakyat yang memerlukan,” ujarnya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi