Sisa kilang dipercayai punca ribuan ikan mati

BERA – Ribuan ikan pelbagai spesies ditemui mati dan terapung di Sungai Bera di sini, sejak Jumaat lalu dipercayai akibat tuba kimia atau sisa kilang, sekali gus menimbulkan kebimbangan risiko keracunan kepada penduduk setempat.

Insiden itu mula disedari selepas bangkai ikan timbul di beberapa lokasi sepanjang sungai, termasuk berhampiran kawasan tadahan dan laluan nelayan.

Seorang pemancing, Abdul Ghafar Abdul Ghani, 48, berkata, insiden itu disedarinya ketika turun memancing seorang diri pada Ahad lalu kira-kira jam 8 malam.

“Saya sudah belasan tahun memancing di Sungai Bera. Malam Ahad itu saya dapat maklumat ikan mabuk dan mati.

“Ada yang kata sebab air kilang, saya balik awal kerana badan seram sejuk dan demam,” katanya kepada Berita Harian.

Dia berkata, pada sebelah petang, rakannya melihat penduduk kampung menyauk ikan berhampiran Loji Air Bera 2 walaupun menyedari ikan mungkin tercemar.

“Kejadian ini berlaku setiap tahun. Kalau bukan sebab tuba, mesti air kilang. Banyak aduan dibuat tapi tiada tindakan.

“Bukti jelas ada, namun pihak bertanggungjawab tetap terlepas,” katanya.

Sementara itu, satu makluman kesihatan mengesahkan pencemaran bermula di Sungai Serting berhampiran Kampung Lubuk Tembangan, sebelum merebak ke Sungai Bera, sekali gus mengakibatkan banyak ikan mati.

Makluman itu menegaskan terdapat risiko keracunan makanan jika ikan tercemar dimakan.

Petugas kesihatan diminta berwaspada terhadap peningkatan kes keracunan makanan atau gejala selepas memakan ikan dari sungai berkenaan.

Orang ramai yang mengalami gejala selepas memakan ikan sungai atau membeli ikan murah dipercayai dari kawasan itu diminta segera melaporkan kepada petugas kesihatan Bera.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana