Hadi tunggang isu Palestin, serang kerajaan dengan retorik ‘syaitan besar’

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sekali lagi membuktikan bagaimana beliau tidak pernah lari daripada menunggang sentimen agama untuk kepentingan politik domestik.

Dalam tulisan beliau bertarikh 29/9/2025 Hadi melabel Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebagai ‘syaitan besar’ semata-mata untuk menyerang kerajaan Malaysia yang kononnya mahu menjemput Trump dalam Sidang Kemuncak ASEAN.

Hakikatnya, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten dengan pendirian membela Palestin sama ada melalui OIC, ICJ, PBB mahupun misi kemanusiaan yang tidak pernah terhenti.

Malaysia tidak pernah berganjak daripada prinsip mempertahankan hak rakyat Palestin.

Pas guna isu Palestin sebagai peluru politik

Ironinya, Hadi yang lantang menolak sebarang bentuk ‘engagement’ dengan kuasa besar lupa bahawa Pas sendiri pernah bersekongkol dengan parti sekular dan bukan Islam demi kuasa.

Pas pernah berpeluk mesra dengan DAP, PKR, bahkan Semangat 46. Bila bersama, Pas mendakwa ‘atas dasar tahaluf siyasi’, tetapi bila Kerajaan Persekutuan menjalankan diplomasi antarabangsa, Pas cepat menuduh sebagai bersahabat dengan ‘syaitan’.

Inilah wajah sebenar Pas – double standard, penuh hipokrasi, dan hanya pandai menggunakan isu Palestin untuk membakar sentimen rakyat.

Diplomasi bukan tunduk, tetapi strategi

Kerajaan Malaysia faham bahawa dunia hari ini menuntut kebijaksanaan diplomasi, bukan retorik kosong. Menjemput pemimpin dunia ke meja rundingan tidak bermakna menyembah, sebaliknya membuka ruang untuk menyuarakan isu Palestin di platform lebih besar.

Rasulullah SAW sendiri berutus surat dengan raja-raja bukan Islam. Maka apa salahnya Malaysia mengundang pemimpin dunia termasuk dari negara kuasa besar untuk ditegaskan pendirian kita mengenai Palestin?

Retorik ‘syaitan besar’ hanya cermin politik murahan Pas

Menggunakan label-label keras seperti ‘syaitan besar’ hanya menyerlahkan sikap jumud Pas.

Dunia memerlukan suara yang matang, rasional dan berstrategi, bukan laungan kosong yang tidak membawa solusi.

Sedangkan rakyat Malaysia tahu, kerajaan Anwar Ibrahim bukan sahaja lantang di pentas antarabangsa, malah berani mengambil tindakan konsisten seperti membawa isu genosid Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Pas pula? Hanya pandai membaca doa dan berceramah politik di pentas muktamar.

Hadi Awang cuba menutup kegagalan Pas dengan memainkan isu Palestin. Retorik ‘syaitan besar’ hanyalah senjata politik murahan untuk menggugat kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan MADANI.

Realitinya, kerajaan Malaysia tetap berdiri teguh bersama Palestin di medan diplomasi dan kemanusiaan.

Sementara Pas terus tenggelam dalam politik kebencian dan hipokrasi, Kerajaan MADANI memilih jalan bijaksana membela Palestin dengan tindakan, bukan sekadar retorik.

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX