BUDI95 bantu ringan beban penghantar makanan, peniaga kecil

PUTRAJAYA – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan penghantar makanan dan peniaga kecil menyifatkan inisiatif subsidi petrol RON95 menerusi program Budi MADANI RON95 (BUDI95) sebagai sangat membantu dalam mengurangkan kos operasi harian mereka.

Bagi penghantar makanan, Sharil Naufal, 24, penjimatan hasil subsidi berkenaan memberi kesan besar meskipun kadar pengurangan kelihatan kecil.

“Penurunan harga petrol itu nampak sedikit, tetapi jika dikira sebulan, jumlah penjimatan jadi banyak. Duit lebih itu boleh saya gunakan untuk belanja makanan atau buat simpanan.

“Kadang-kadang bila ada tempahan jauh, saya tidak terlalu risau kerana sekarang mampu tanggung kos minyak tambahan,” katanya ketika ditemui Bernama di Stesen Petron Subang Indah, hari ini.

Seorang pemilik kedai bunga, Muhammad Firdaus Andi, 28, pula menyifatkan inisiatif BUDI95 sebagai langkah tepat kerana manfaatnya benar-benar dirasai rakyat.

“Sangat membantu, terutamanya bagi saya yang setiap hari berulang-alik dari rumah ke kedai.

“Yang penting, subsidi ini hanya dinikmati warganegara Malaysia, bukan orang luar. Saya anggap ini penambahbaikan besar kerana ia lebih adil dan telus,” katanya.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu