BUDI95 tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada rakyat

KOTA KINABALU – Inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) iaitu penurunan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter daripada RM2.05 sebelumnya untuk warganegara Malaysia disifatkan sebagai penghargaan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, langkah itu bukan sekadar soal harga berbanding bukan warganegara yang dikenakan kadar RM2.60 seliter, tetapi lebih kepada pengiktirafan terhadap sokongan rakyat yang membantu mewujudkan kestabilan politik sekali gus membolehkan kerajaan menguruskan ekonomi dengan baik.

“Ia adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada sokongan rakyat kepada kerajaan yang ada ini sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat maka penurunan RON95 ini ialah pengiktirafan PMX dan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia.

“Yang membantu memberikan kestabilan politik hingga membolehkan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik dan kerajaan pulangkan balik kepada rakyat melalui RON95 ini,” katanya ketika ditemui wartawan TMP selepas Program Mari-Mari bah Sama-Sama Kita MADANI di Anjung Selera di sini pada Sabtu.

Jelasnya, subsidi petrol RON95 juga sebagai bukti Kerajaan MADANI menunaikan janji kepada rakyat hasil pelaksanaan tadbir urus dan pengurusan kewangan negara yang lebih telus.

Beliau berkata, walaupun janji itu dibuat sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia berjaya ditunaikan hasil kerjasama penjawat awam dalam melaksanakan tadbir urus baik, sekali gus mengurangkan ketirisan dan terutamanya rasuah.

“Wang-wang yang diselamatkan itulah dipulangkan balik kepada rakyat melalui BUDI95.

“Bahkan penjajaran semula subsidi ini nanti akan ada lagi pulangan wang kerajaan yang akan dikembalikan balik kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif yang boleh membantu meringankan bebanan kos dalam hidup rakyat,” ujarnya.

Katanya, selain BUDI95 rakyat juga menerima manfaat melalui peningkatan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan pendidikan dan pelbagai inisiatif lain.

“Sebab kita berjaya menyelamatkan peruntukan kerajaan dan itu dipulangkan kepada rakyat sebagai penghargaan kerajaan dan itulah semangat yang ada dalam RON95,” ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin langkah itu memberi impak positif kepada pengurusan ekonomi negara, walaupun terlalu awal untuk membuat penilaian menyeluruh.

Related Posts

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

TINDAKAN tegas termasuk pendakwaan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diambil sebaik sahaja bukti mencukupi diperoleh, kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK