JKOM terus perkukuh hubungan komuniti, bukan fokus politik

KOTA KINABALU – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus komited untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, pertemuan antara JKOM dan ‘Key Communicator’ setempat bagi berkongsi pandangan dalam membincangkan hala tuju serta peranan JKOM dalam menyampaikan dasar dan aspirasi kerajaan kepada rakyat.

“Walaupun ramai yang hadir adalah daripada parti yang menyokong kerajaan, namun kita juga melihat kehadiran mereka yang bukan dari mana-mana parti.

“Ini menunjukkan bahawa penglibatan hari ini bukan berdasarkan parti, tetapi atas rasa tanggungjawab bersama untuk menyokong kerajaan semasa dan menjaga kepentingan negara,” katanya semasa ditemui wartawan TMP selepas Program Rapat-Rapat Kita, Sama-Sama Kita MADANI di Anjung Selera Tanjung Lipat, di sini pada Sabtu.

Jelasnya, pendekatan adalah untuk mendekati komuniti secara langsung, mendengar suara rakyat serta memperjelas peranan JKOM sebagai saluran komunikasi antara kerajaan dan masyarakat.

“Kita tidak mahu wujud salah faham terhadap JKOM. Kita bukan alat parti politik, tetapi merupakan jambatan komunikasi antara rakyat dan kerajaan yang memerintah.

“Hari ini menunjukkan satu bentuk keterlibatan yang baik dan matang,” katanya.

Sesi tersebut turut memberi ruang untuk para peserta berkongsi pandangan, mencadangkan penambahbaikan, serta membincangkan pendekatan strategik agar maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan secara lebih efektif dan inklusif.

Melalui inisiatif seperti ini, katanya, JKOM berharap dapat memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan serta memastikan setiap lapisan rakyat mendapat maklumat yang tepat, telus dan seimbang.

Pada program tersebut, turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) JKOM, Suwadi Guliling; Pengarah JKOM Sabah, Milus Alu@Abd Wahad; Naib Ketua Wanita PKR Pusat, Datin Rufinah Pengeran dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei.

Sebagai rekod, program ini dilakukan di dua lokasi berasingan hari ini iaitu sebelah pagi di Anjung Selera, Tanjung Aru dan sebelah petang di Pejabat Wadah Sembulan.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM