Ewon hargai keprihatinan Fadhlina luluskan keperluan sekolah di Penampang

PENAMPANG – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas keprihatinan meluluskan peruntukan bagi dua buah sekolah menengah di Penampang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ewon berkata, permohonan berkenaan telah dikemukakan kepada Fadhlina dalam mesyuarat Kabinet sebelum mendapat kelulusan.

“Saya juga memohon kepada beliau supaya turut mengadakan lawatan di SMK Limbanak untuk melihat sendiri keperluan sekolah itu, selain meninjau keadaan di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, yang menerima peruntukan khusus untuk mengurangkan impak kerosakan akibat musibah tersebut.

“Bagi SMK Limbanak, Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan peruntukan bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan dewan sekolah,” katanya semasa mengiringi Fadlina mengadakan lawatan kerja ke SM St.Micheal dan SMK Limbanak Penampang untuk meninjau keperluan kedua-dua sekolah itu pada Jumaat.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen Penampang amat menghargai tindakan pantas Kementerian Pendidikan dalam meluluskan peruntukan ini demi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 

Related Posts

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

KOTA KINABALU – Parlimen Sepanggar wajar diberi keutamaan untuk dipecahkan kepada dua kawasan sekiranya berlaku penambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti