Mohamad Zainal komited perkukuh keselamatan Sarawak

KUCHING – Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menzahirkan penghargaan atas kepercayaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang melantik beliau untuk menerajui kepimpinan pasukan di Bumi Kenyalang.

Anak jati dari Lawas, Sarawak itu menegaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negeri ini seiring aspirasi pembangunan negara.

“Saya amat bersyukur kerana diberi amanah memimpin kontinjen Sarawak. Kepercayaan ini akan saya galas sebaik mungkin demi menjaga ketenteraman rakyat serta kelancaran pembangunan negeri. Saya juga menghargai sokongan media yang sentiasa bekerjasama rapat dengan PDRM,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam .

Mengulas cabaran semasa, beliau mengakui terdapat peningkatan dalam kes jenayah siber dan penyalahgunaan narkotik yang semakin kompleks. 

Justeru, katanya, strategi baharu akan dirangka bersama pasukan termasuk Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah bagi membanteras gejala itu.

“Trend jenayah kini berubah dengan wujudnya dadah sintetik serta taktik jenayah siber yang lebih sukar dikesan. Namun, saya yakin dengan pengalaman serta kerjasama erat pasukan, kita mampu mengurangkan risiko ini. Apa yang penting ialah kolaborasi antara PDRM dan masyarakat supaya usaha membanteras jenayah dapat dilakukan secara berkesan,” jelasnya .

Mohamad Zainal turut menekankan bahawa peranan masyarakat amat penting dalam memerangi jenayah, terutama melibatkan dadah yang bukan sahaja menjadi ancaman di Sarawak malah di seluruh negara dan dunia.

Pelantikan beliau diyakini akan memperkukuh keupayaan PDRM Sarawak dalam mendepani cabaran keselamatan baharu, sekaligus menambah keyakinan rakyat terhadap pasukan polis sebagai benteng utama negeri.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan