Rakyat Sarawak sambut baik BUDI95, anggap langkah berani dan adil

HAZIQ AZHAR dan JASMINE AE

KUCHING – Rakyat menyambut baik inisiatif kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.95 hingga RM1.99 seliter dengan had penggunaan 300 liter sebulan, yang diumumkan menerusi pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95.

Bagi Mohammad Rezza Abdullah Bahida, 33, langkah itu disifatkan berani dan bijak, kerana formula tersebut memberi manfaat besar kepada majoriti rakyat Malaysia tanpa membebankan kewangan negara.

“Had 300 liter sebulan sudah mencukupi untuk kegunaan harian sebuah keluarga biasa. Ia memastikan subsidi tidak lagi dinikmati golongan kaya atau pemilik kenderaan mewah.

“Dengan harga ini, rakyat boleh jimat antara RM100 hingga RM200 sebulan berbanding harga pasaran. Penjimatan itu boleh digunakan untuk keperluan lain sekali gus meringankan kos sara hidup,” katanya ketika ditemui oleh wartawan TMP.

Beliau turut menyifatkan penetapan had tersebut mampu membendung masalah penyeludupan dan penjualan semula minyak bersubsidi, yang sekian lama menjadi isu negara.

Namun, Rezza mencadangkan beberapa penambahbaikan agar inisiatif ini lebih inklusif. 

Antaranya ialah memperkenalkan sistem kuota dinamik untuk keluarga dengan lebih daripada satu kenderaan, mempercepatkan pembangunan pengangkutan awam efisien, serta memperluas pelaksanaan subsidi melalui sistem digital holistik bagi mengurangkan birokrasi dan meningkatkan ketelusan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Nursyairah Saili, 29, berkata, langkah kerajaan mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter amat membantu, khususnya golongan pekerja yang bergantung sepenuhnya pada kenderaan untuk berulang-alik setiap hari.

“Pengurangan harga ini memberi kesan besar kepada perbelanjaan bulanan saya. Dengan penggunaan minyak yang tinggi, penjimatan ini membolehkan saya menyalurkan sebahagian wang kepada keperluan lain,” katanya.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu