Afghanistan tolak hasrat AS ambil alih Pangkalan Udara Bagram

KABUL – Pegawai Afghanistan menolak ‘permintaan’ Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan semula Pangkalan Udara Bagram, sekali gus menegaskan sebarang cubaan untuk kembali mewujudkan kehadiran tentera asing di negara ini akan ditentang habis-habisan.

Timbalan Pertama Direktorat Perisikan Afghanistan, Mullah Tajmir Jawad menekankan bahawa kerajaan Afghanistan akan mempertahankan sistem sedia ada berhubung tuntutan AS untuk mengambil alih semula pangkalan udara strategik itu.

Nada sama disuarakan Menteri Pertahanan Afghanistan, Mohammad Yaqoob Mujahid.

“Jawapan kami, jika kamu tidak berundur dan mahu pangkalan, kami bersedia untuk berperang dengan kamu selama 20 tahun lagi,” katanya, lapor Xinhua.

Pengarah Politik Kementerian Luar Afghanistan, Zakir Jalaly, turut menolak idea kemasukan semula tentera AS dengan menegaskan rakyat Afghanistan ‘tidak pernah menerima tentera asing di tanah air mereka’ dan sebarang dialog dengan Washington mesti mengecualikan soal penempatan semula tentera.

Pangkalan Udara Bagram yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara Kabul, pernah menjadi pusat operasi AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sepanjang tempoh perang selama dua dekad.

Semalam di Washington, Presiden AS, Donald Trump, memberi amaran akan berlaku ‘perkara buruk’ sekiranya Afghanistan ‘tidak menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram.’

Pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada 2021 menyebabkan Taliban mengambil alih pangkalan itu.

Dalam lawatannya ke Britain, baru-baru ini, Trump berkata, AS sedang berusaha mendapatkan semula pangkalan berkenaan.

Related Posts

Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua. AEC memaklumkan kepada Australian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli

KOSMA umum bayaran dividen 60 peratus kepada ahli