Syarikat pengangkutan di Sabah, Sarawak digesa daftar segera SKPS

PENAMPANG – Syarikat pengangkutan darat awam dan pengangkutan barangan di Sabah dan Sarawak digesa segera membuat pendaftaran bagi menikmati manfaat subsidi bahan api petrol RON95 di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan rasmi mysubsidi.kpdn.gov.my dan permohonan yang lengkap akan diluluskan serta-merta.

“Selepas menerima notifikasi kelulusan, syarikat boleh mendapatkan fleet card daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian RON95 bersubsidi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Katanya, pendaftaran SKPS yang dibuka pada 15 September lalu menunjukkan kadar penyertaan masih rendah di Sabah dan Sarawak.

“Dalam tempoh enam hari, hanya 89 daripada anggaran 2,677 kenderaan di Sabah didaftarkan, manakala di Sarawak hanya enam daripada 1,970 kenderaan layak telah berdaftar.

“Jangan tunggu saat akhir, kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah.

“Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap.

“Tetapi, proses yang selanjutnya apabila mendapat notifikasi kelulusan, mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan.

“Jadi, perkara ini yang akan ambil masa,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pelaksanaan penyesuaian subsidi petrol RON95 juga akan melibatkan Sabah dan Sarawak bagi kenderaan persendirian warganegara Malaysia, membolehkan rakyat di kedua-dua negeri menikmati harga lebih rendah iaitu RM1.99 seliter seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Maklumat penuh mekanisme pelaksanaan penyesuaian subsidi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat,” tambahnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula