Sabah cadang pendidikan percuma, lebih 100,000 pelajar dijangka terima manfaat

PENAMPANG – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bercadang menawarkan pendidikan percuma kepada anak-anak negeri yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri. 

Menurut Hajiji, ini termasuk University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) sebagai langkah memperluas akses kepada pendidikan tinggi serta meringankan beban kewangan pelajar.

“Kerajaan juga berhasrat memperkenalkan dasar subsidi pinjaman pendidikan termasuk bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Sabah, yang dijangka memanfaatkan lebih 100,000 orang pelajar.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 100,000 orang peminjam. Saya optimis dasar ini praktikal dan mampu dilaksanakan kerajaan negeri sesuai dengan kedudukan kewangan yang semakin kukuh.

“Inilah bukti kesungguhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan lebih banyak anak Sabah dibantu dan tidak tercicir daripada menikmati peluang pendidikan yang berkualiti,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa Sabah Tahun 2025 di Dewan KDCA, di sini, pada Ahad.

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri telah menyalurkan lebih RM1.3 bilion sejak 2021 untuk sektor pendidikan peruntukan tertinggi dalam sejarah negeri itu sekali gus menandakan keutamaan tinggi kerajaan terhadap pembangunan modal insan.

“Lebih 14 inisiatif pendidikan telah diperkenalkan termasuk Bantuan One-Off RM600 kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan melalui program GRS-SubFly serta bantuan RM300 di bawah inisiatif SENTOSA untuk pelajar dalam negeri,” jelasnya.

Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sebagai kemudahan tambahan untuk pelajar yang menghadapi kekangan kewangan. Pada tahun 2025, sebanyak RM136 juta diperuntukkan untuk biasiswa angka tertinggi sejak merdeka.

Dalam pada itu, Hajiji turut menekankan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan menjadi penentu utama kepada kesinambungan dasar dan pembangunan negeri, termasuk dalam sektor pendidikan.

“Masa depan Sabah terletak di tangan anda. Jangan sia-siakan peluang ini. 

“Kita tidak lagi boleh ketinggalan. Inilah masanya untuk memastikan kesinambungan kerajaan yang stabil dan berwibawa,” serunya.

Beliau turut mengingatkan agar rakyat tidak mengulangi kesilapan lalu yang menyebabkan banyak projek pembangunan terbengkalai akibat dasar pentadbiran yang lemah dan tidak berstruktur.

Konvensyen Mahasiswa Sabah yang dihadiri lebih 1,000 pelajar itu menyaksikan pelbagai usul berkaitan pendidikan, ekonomi dan kebajikan dibentangkan oleh mahasiswa. 

Hajiji meminta agar usul-usul itu dikemukakan segera kepada Kerajaan Negeri untuk diberi perhatian dan pertimbangan serius.

“Kita percaya, pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan dalam masa depan negeri. 

“Dengan kerjasama semua pihak termasuk golongan belia, Sabah berpotensi menjadi negeri maju dan sejahtera dalam tempoh terdekat,” katanya.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat