Laluan Chukai-Ranggon ditutup, paip gas bocor

CHUKAI – Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Gas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.53 pagi yang melaporkan terdapat kebocoran paip gas jenis butane dalam bentuk gas mudah terbakar.

Beliau berkata, lokasi kebocoran terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.

“Langkah awal pihak polis ialah menutup sepenuhnya kawasan kejadian daripada akses orang awam dan pekerja.

“Bekalan gas di saluran paip gas yang bocor juga diberhentikan dan ditutup sementara hingga selesai kerja penyelenggaraan oleh kontraktor.

“Laluan utama Kerteh-Ranggon juga ditutup kepada semua kenderaan bagi tujuan keselamatan manakala Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga telah diaktifkan,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Razi berkata, pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi dan orang awam dinasihatkan tidak menghampiri lokasi kejadian bagi mengelak insiden tidak diingini.

Selain itu, beliau berkata, polis juga akan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa dan orang awam diminta mematuhi arahan keselamatan dikeluarkan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan