Perpustakaan awam pusat intelek, perkasakan jatidiri komuniti

KEMAMAN – Perpustakaan awam kekal sebagai institusi penting dalam pembinaan jatidiri dan semangat patriotik masyarakat di peringkat komuniti.

Pengurus Perpustakaan Awam Daerah Kemaman, Siti Rasyidah Md Rushdi berkata, pelbagai program dirangka bagi menarik minat generasi muda ke perpustakaan.

“Dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, perpustakaan perlu bergerak seiring dengan perkembangan digital supaya peranannya kekal relevan.

“Walaupun media sosial dan gajet semakin meluas, fungsi perpustakaan sebagai pusat intelek dan pembinaan jatidiri tidak boleh digantikan,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Jiwa Merdeka di perpustakaan awam daerah di sini.

Program anjuran bersama Perpustakaan Awam Daerah Kemaman dan Akademi Sanggar Nurismas SN itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan mewarna ibu bapa dan anak-anak, pertandingan busana tokoh kemerdekaan, deklamasi sajak merdeka serta hiasan tudung saji merdeka.

Turut serta ialah pegawai MyDigital ID yang membuka reruai pendaftaran, selain sesi penerangan mengenai pelaksanaan subsidi RON95 oleh Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman, Ahmad Nadhir Yob.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung