Pewartaan kerajaan PN mangsakan majoriti penduduk Kampung Sungai Baru

PUTRAJAYA – Pengamal undang-undang, Liyana Marzuki menyifatkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewartakan Akta Pengambilan Tanah pada 2021 berhubung pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebagai langkah tergesa-gesa yang akhirnya membebankan penduduk di kawasan terbabit.

Menurut beliau, sebelum itu proses rundingan yang dijalankan sejak 2015 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berjaya mencapai persetujuan dengan lebih 87 peratus penduduk, termasuk tawaran usahasama bersama pemaju yang memberi pulangan lebih tinggi.

“Malangnya apabila PN mengambil alih, mereka tidak meneruskan rundingan malah terus mewartakan Akta Pengambilan Tanah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tanah diambil paksa, termasuk milik penduduk minoriti yang masih belum setuju.

“Akibatnya, pampasan hanya ditetapkan pada kadar pasaran RM448 kaki persegi, jauh lebih rendah daripada tawaran awal melalui usahasama iaitu RM850 hingga RM1,000 kaki persegi,” Bila guna akta, harga akan ikut harga pasaran, bukan Join Venture (JV) antara pemaju serta penduduk,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Liyana yang juga bekas peguam kanan persekutuan, Jabatan Peguam Negara menegaskan, meskipun prinsip demokrasi mengiktiraf hak minoriti, keputusan majoriti tetap perlu dihormati bagi memastikan pembangunan tidak terus terbantut.

Beliau turut melahirkan kekecewaan apabila isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru dilihat lebih dikuasai oleh persepsi berbanding fakta sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap penduduk dan masyarakat awam.

“Mula-mula ingat melalui media massa orang boleh faham namun sampai Ketua Polis Daerah (Dang Wangi) diserang sehingga berdarah. Kita bukan sokong mana-mana personaliti atau parti tapi itu sudah melampau dan kita berperanan melindungi proses dan institusi.

“Ini konsep sivik bangunkan pertiwi.  Lepas tengok kes ni dah jadi macam minoriti menzalimi majoriti pulak. Majoriti menentukan arah, tapi minoriti tetap ada hak. Prinsip mudah: ‘majority rules, minority rights are protected’. Kita ikut majoriti tetapi minoriti jangan dizalimi. Tanpa itu, demokrasi jadi tirani.

“Kesian mereka, majoriti yang dah 87 peratus setuju. Ada dah yang lapan tahun terperangkap di rumah transit. Takkanlah nak zalimi mereka lagi. Mereka ni majoriti dan kalau minoriti terus menahan, itu bukan perjuangan. Itu kezaliman pada majoriti pulak,” katanya.

Mengulas cadangan supaya pewartaan pengambilan tanah dibatalkan, Liyana menegaskan langkah itu hanya menimbulkan implikasi besar, termasuk keperluan kerajaan mengutip semula pampasan yang telah dibayar, membatalkan perjanjian usahasama dengan pemaju dan menanggung semula kos pembangunan.

“Kalau benar warta itu mahu dibatalkan, siapa yang akan bayar balik semua pampasan dan modal pemaju? Takkan nak guna dana kerajaan. Jika berlaku kesilapan sebegitu, pegawai kerajaan boleh dikenakan surcaj. Jadi adakah ahli politik yang membuat keputusan juga sanggup dipotong gaji atau pencen.

“Kalau PN rasa ini jalan terbaik sebab silap dari mereka, apa kata semua Ahli Parlimen PN pun kena surcaj, potong gaji serta pencen mereka untuk tolong kerajaan bayar pampasan pada pemaju serta penduduk majoriti yang terkesan disebabkan warta ini,” katanya.

Sementara itu, Liyana mencadangkan kerajaan mencari penyelesaian dengan menjadi ‘orang tengah’ meminta pemaju menawarkan pampasan tambahan atau unit rumah ekstra kepada kumpulan minoriti.

“Langkah itu lebih adil daripada terus menahan majoriti yang telah menunggu sejak lapan tahun di rumah transit. Nak batal warta pun tak guna, teruskanlah pembangunan yang ada,” katanya.

Related Posts

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

PETALING JAYA – Langkah mempelbagaikan sumber bekalan tenaga dari beberapa negara menjadi strategi utama kerajaan dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga negara ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan