Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

TANGKAK – Usaha memperkukuh peranan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat yang berkesan terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Akademi Asas Penerangan (ASAS) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sagil, hari ini.

Program yang menghimpunkan kira-kira 50 ahli Komuniti MADANI dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir itu bertujuan meningkatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sekali gus membantu menangkis penyebaran berita palsu dan maklumat tidak sahih dalam kalangan masyarakat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut hadir menyantuni peserta serta menzahirkan komitmen kementerian dalam memperkasakan jaringan komunikasi akar umbi sebagai medium penting untuk menyampaikan dasar, inisiatif dan agenda pembangunan kerajaan kepada rakyat.

Melalui pengisian Akademi Asas Penerangan (ASAS), peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi termasuk teknik pengucapan awam yang berkesan, penghasilan kandungan kreatif serta penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara beretika dan bertanggungjawab.

Pendedahan tersebut dilihat selari dengan keperluan semasa dalam era digital yang menyaksikan maklumat disebarkan dengan pantas menerusi pelbagai platform media sosial, sekali gus menuntut masyarakat lebih bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi.

Program berkenaan turut menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai pemimpin komuniti yang berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya menjadi jambatan komunikasi antara kerajaan dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Antara Komuniti MADANI yang mengambil bahagian ialah Komuniti MADANI Sengkang, Komuniti MADANI Bukit Gambir dan Komuniti MADANI Sagil, selain penyertaan jemputan khas daripada Pejabat Khidmat Parlimen Ledang.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah Penerangan Negeri Johor, Mohd Rizal Hashim serta Pengurus NADI Pekan Sagil, Muhammad Edham Nasir.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh literasi maklumat dalam kalangan masyarakat dan melahirkan komuniti yang lebih peka, bertanggungjawab serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran penyebaran maklumat di era digital.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Johor

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan