Tindakan tegas akan diambil jika terbukti kereta polis langgar lampu isyarat

PUTRAJAYA – Polis telah mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap anggota yang terlibat dalam kejadian sebuah kenderan agensi itu didakwa melanggar lampu isyarat merah di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, Seremban, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata,  pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman video tersebut didakwa berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam.

“Pihak Polis mengambil maklum penularan sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

“Kita sedang sedang menjalankan siasatan dan keadaan sebenar insiden itu telah dikenal pasti, setelah siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada peraturan jalan raya kecuali dalam keadaan tertentu yang melibatkan tugasan kecemasan serta memerlukan tindakan segera demi keselamatan dan kelancaran operasi,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohamad Hatta menegaskan, sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu tular rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan pengguna jalan raya hampir terlanggar sebuah kereta polis yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah, dan orang awam itu sempat membrek.

Related Posts

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

PUTATAN – Tiga program berprestij yang dilaksanakan secara serentak oleh SMK Outstanding menjadi platform memperkasa potensi pelajar dalam bidang sains dan teknologi, keusahawanan serta aktiviti kemasyarakatan. Menteri Kerja Raya Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

AYER KEROH – Perjuangan reformasi tidak boleh dikorbankan demi kepentingan politik meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak demi kepentingan negara, kata Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR