Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

PETALING JAYA – Langkah mempelbagaikan sumber bekalan tenaga dari beberapa negara menjadi strategi utama kerajaan dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga negara ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pendekatan tersebut membolehkan negara mengurangkan risiko kebergantungan kepada satu sumber bekalan, sekali gus menjamin kelangsungan aktiviti ekonomi dan keperluan pengguna.

Menurut beliau, usaha berterusan sedang dilakukan oleh syarikat tenaga termasuk Petronas untuk mendapatkan bekalan daripada pelbagai negara bagi memperkukuh keselamatan tenaga negara.

“Dari segi bekalan minyak, Petronas dan syarikat minyak lain berusaha mendapatkan sumber daripada Afrika Barat dan AS.

“Pendekatan sama turut dilaksanakan bagi bekalan arang batu apabila Malaysia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada Indonesia, sebaliknya turut mendapatkan bekalan dari AS dan Australia.

“Ini langkah pengurusan risiko yang baik. Jika berlaku sebarang gangguan di sesuatu negara pembekal, kita masih mempunyai pilihan untuk meningkatkan bekalan daripada sumber lain,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Mikro Kredit Turun Padang di Pasar Tani Kelana Jaya di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, kerajaan yakin keperluan tenaga negara dapat dipenuhi tanpa sebarang gangguan berikutan langkah diversifikasi sumber bekalan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Katanya, kestabilan bekalan itu turut membantu mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap keupayaan negara mengurus keperluan tenaga secara berkesan.

“Alhamdulillah kita berjaya kerana tak ada kekurangan bekalan dalam negara, jadi bila tak ada kekurangan bekalan, orang tak risau nak isi minyak, tak ada catuan.

“Selain itu, ada usaha sama antara Petronas dan syarikat lain yang berjaya dapat bekalan baharu dalam negara. Kita jamin bekalan yang cukup dan ekonomi boleh berkembang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Mikro Kredit Turun Padang dianjurkan bagi mendekatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat kepada peniaga kecil serta usahawan mikro.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan susulan kepada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pasar Tani Taman Melawati pada 23 Mei lalu yang menekankan keperluan memperluas akses bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil.

“Kita mahu memastikan tiada usahawan mikro tercicir daripada arus pembangunan ekonomi hanya kerana kekurangan akses kepada pembiayaan atau maklumat.

“Program ini membawa penyelesaian terus ke lapangan supaya penjaja dan peniaga kecil dapat memperoleh khidmat bantuan diperlukan untuk meningkatkan pendapatan serta memperkukuh perniagaan mereka supaya lebih bersedia menghadapi cabaran perniagaan yang semakin kompetitif,” katanya.

Program berkenaan melibatkan pelbagai agensi dan institusi kewangan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TEKUN Nasional, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam usaha memperluas sokongan kepada komuniti usahawan mikro negara.

Related Posts

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

PUTRAJAYA – Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) akan diberi peluang menjalani latihan awal di pusat dan badan penyelidikan kerajaan di seluruh negara mulai bulan depan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet