CAAM rangka kawal selia, peraturan industri ekonomi altitud rendah

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan merangka kawal selia khusus bagi sektor ekonomi altitud rendah merangkumi penggunaan dron, mobiliti udara serta teknologi baharu berkaitan penerbangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah menggesa agensi terbabit memberi tumpuan segera kepada penyediaan kerangka tersebut bagi sektor ekonomi terbabit.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan pembangunan pesat teknologi udara dan aplikasi komersial lain dapat berkembang dengan selamat serta berdaya saing.

“Kita bercakap tentang ekonomi altitud rendah iaitu penggunaan dron bukan sahaja untuk rakaman video atau fotografi, tetapi juga penghantaran kargo, misi penyelamatan dan kini wujud konsep teksi udara. Ini satu bidang baharu yang perlu kita terokai.

“Kita perlu ada kerangka regulatori sebab ini sesuatu yang sangat penting dan ekonomi altitud rendah ini membabitkan pelbagai koordinasi.

“Umpamanya dron perlu ada satu tempat untuk berlepas dan mendarat, untuk bagaimana mereka perlu fleksibel, jadi semua itu memerlukan kawal selia,” katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran identiti baharu CAAM, pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi CAAM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pegawai Ekesekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Mengulas lanjut, Anthony memaklumkan, rangka kawal selia itu bagaimanapun tidak boleh bersifat ‘over-regulate’ (terlalu mengawal selia) supaya ia tidak membunuh industri berkenaan.

“Kalau kita terlalu ‘over-regulate’, susah untuk mana-mana pemain industri itu masuk dalam pasaran, tetapi pada masa sama ada aspek keselamatan yang perlu kita ambil kira.

“Jadi pertimbangan ini sangat penting dan ini perlu dilaksanakan oleh pihak CAAM sebab apa sahaja industri baharu tanpa satu kerangka kawal selia yang jelas, ia tidak boleh ‘take-off’ terutama dalam bidang seperti yang membabitkan penerbangan ini.

“Justeru, aspek keselamatan menjadi perkara paling utama yang akan diambil kira dalam merangka kawal selia sektor terbabit,” katanya.

Mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Anthony menjelaskan, perkara terbabit akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.

“Kami tidak bergegas kerana kami mahu mencari orang yang sesuai dengan untuk memasuki kedudukan ini,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda