Mangsa banjir di Sabah meningkat 2,872 orang, 23 PPS dibuka

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 2,872 orang daripada 763 keluarga yang kini ditempatkan di 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah setakat pukul 4 petang Selasa.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Penampang mencatat jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 940 orang daripada 232 keluarga dengan 24 kampung terlibat.

Beaufort pula merekodkan seramai 273 penduduk daripada 83 keluarga di 46 kampung yang kekal terjejas, manakala di Membakut, angka mangsa meningkat kepada 815 orang daripada 232 keluarga di sembilan kampung.

Sementara itu, di Papar, seramai 247 mangsa daripada 70 keluarga terlibat di lapan kampung, Putatan mencatatkan 538 mangsa daripada 135 keluarga di lapan kampung.

Manakala di Tawau, seramai 59 mangsa daripada 11 keluarga di satu kampung masih terkesan.

Related Posts

Jasa penderma darah terus dihargai

SANDAKAN: Jasa penderma darah sukarela serta komitmen pelbagai agensi, pertubuhan dan syarikat dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit terus dihargai menerusi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

SIBU – Golongan pelajar disaran memainkan peranan lebih aktif sebagai ejen perubahan dengan memperkukuh pengetahuan mengenai dasar dan hala tuju pembangunan Sarawak bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa