154 syarikat, 335 kenderaan daftar SKPS hari pertama

KOTA KINABALU – Pendaftaran Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi syarikat pengangkutan darat awam dan barangan bermula semalam dengan sebanyak 154 syarikat melibatkan 335 kenderaan telah membuat pendaftaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu 70 syarikat pengangkutan awam darat membabitkan 240 kenderaan, manakala 84 syarikat pengangkutan barangan melibatkan 95 kenderaan.

“Jumlah ini masih rendah berbanding anggaran keseluruhan 100,000 kenderaan yang layak, berdasarkan data integrasi SKPS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Angka pendaftaran pada hari pertama mungkin rendah kerana cuti umum.

“Kita bersyukur kerana ada syarikat yang mengambil inisiatif daripada hari pertama walaupun cuti mereka mendaftar juga dan ini satu tindakan yang bagus kerana mengelakkan nanti masalah di saat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui
media selepas melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Lok Kawi Height, Kinarut, pada Selasa.

Jelasnya, syarikat perlu memohon fleet card daripada tiga syarikat minyak pilihan masing-masing.

“Syarikat minyak telah memberi jaminan untuk mengeluarkan kad tersebut dengan segera seperti pengalaman ketika pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) tahun lalu.

“Tiada tarikh tutup pendaftaran ditetapkan sehingga subsidi petrol bersasar dilaksanakan kelak.

“Jadi mohonlah sekarang daftarlah sekarang kerana ini komitmen kerajaan. Bukan hanya kepada pengguna kenderaan persendirian yang akan diberikan subsidi RM1.99 tetapi subsidi juga akan diberikan kepada syarikat pengangkutan darat awam dan barangan,” katanya.

Katanya lagi, syarikat yang lewat mendaftar berisiko terpaksa membeli petrol pada harga pasaran tanpa subsidi.

Tambah Armizan, program subsidi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna persendirian tetapi juga kepada syarikat pengangkutan awam dan barangan dengan kadar lebih rendah daripada harga pasaran.

“Kita harap semua syarikat dapat memanfaatkan subsidi ini memandangkan mereka menawarkan perkhidmatan kepada rakyat sama ada dalam bentuk pengangkutan awam mahupun pengangkutan barangan.

“Kemudahan ini akhirnya akan membantu mengurangkan impak kos kepada pengguna dan rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya.

Related Posts

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

SERI MENANTI – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah