
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Penampang mencatat jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 940 orang daripada 232 keluarga dengan 24 kampung terlibat.
Beaufort pula merekodkan seramai 273 penduduk daripada 83 keluarga di 46 kampung yang kekal terjejas, manakala di Membakut, angka mangsa meningkat kepada 815 orang daripada 232 keluarga di sembilan kampung.
Sementara itu, di Papar, seramai 247 mangsa daripada 70 keluarga terlibat di lapan kampung, Putatan mencatatkan 538 mangsa daripada 135 keluarga di lapan kampung.
Manakala di Tawau, seramai 59 mangsa daripada 11 keluarga di satu kampung masih terkesan.




