
KOTA KINABALU – Daerah Putatan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir yang terbaharu selepas daerah Membakut dan Papar berikutan hujan lebat berterusan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Masawi Salleh, berkata pengisytiharan itu dibuat pada pukul 10 pagi, pada Isnin.
“Berdasarkan laporan dan maklumat lapangan daripada agensi-agensi JPBD.
“Kami mengisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Putatan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Jelasnya, satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan iaitu di Dewan PPR Taman Sri Keramat.




