Sambutan Hari Malaysia dibatalkan, Kerajaan Sabah fokus urus bencana

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka esok malam dibatalkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia susulan bencana besar besar akibat hujan berterusan yang menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.

Katanya lagi telah memaklumkan perkara tersebut kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Isnin.

“Keutamaan segera Kerajaan Negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.

“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat adalah paling utama.

“Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Hajiji turut mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia mengambil tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah susulan cuaca buruk yang berpanjangan.

Jelasnya, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, kini sedang bermesyuarat bagi memantau perkembangan dan menyelaras tindakan di daerah-daerah terlibat.

Hajiji turut menyeru orang ramai agar berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha pemulihan sedang dipertingkatkan di seluruh negeri.

Related Posts

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

KUNAK – Sebanyak 18 ekor lembu korban diagihkan kepada beberapa kampung serta agensi di daerah ini dalam usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan sempena Aidiladha tahun ini. ADUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

KUNAK – Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat serta individu yang berkelayakan digalakkan untuk menubuhkan pusat autisme khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Lebih 33,000 pengunjung banjiri Istana Arau sempena #MKC26

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah

Pembangunan Johor perlu diakui sebagai hasil kerjasama negeri, Persekutuan – Jimmy Puah