PEMAIN skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia yang mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Mesir 2025 di Giza, semalam.
Kemaraannya itu hadir selepas tiga lagi pemain negara, Rachel Arnold, Aira Azman dan pemain perseorangan lelaki utama, Ng Eain Yow tersingkir di pusingan kedua.
Sivasangari – yang juga pilihan ketujuh – memerlukan 29 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah Nour Heikal 13-11, 11-9, 11-5.
Pemain berusia 26 tahun itu akan menentang wakil England Jasmine Hutton, yang menewaskan rakan senegaranya Grace Gear 11-3, 11-5, 11-7.





