Pearly-Thinaah ada peluang pertahan gelaran Terbuka Hong Kong

BIAR PUN laluan mempertahankan gelaran Terbuka Hong Kong kini cerah, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tetap mahu kekal fokus tanpa terbeban dengan status pilihan utama.

Tersingkirnya juara dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning di pusingan kedua meletakkan Pearly-Thinaah – selaku pilihan kedua – sebagai calon utama menjulang kejuaraan.

Namun, naib juara dunia itu enggan membiarkan jangkaan tinggi menjejaskan tumpuan mereka.

“Kami tidak terlalu memikirkan soal siapa pilihan utama. Fokus kami tetap kepada permainan sendiri, strategi dan konsistensi, dengan memberi tumpuan mata demi mata, langkah demi langkah,” kata Thinaah kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam misi mara ke final, Pearly-Thinaah berdepan cabaran getir apabila dijadual menentang pasangan nombor empat dunia dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, di separuh akhir esok.

Terdahulu, mereka tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran rakan senegara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, dengan kemenangan straight set 21-12, 21-15 dalam tempoh 31 minit di Hong Kong Coliseum.

Yi Fan-Shu Xian pula mara selepas mengatasi gandingan Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, 21-12, 21-7.

Daripada lima pertemuan, Pearly-Thinaah hanya sekali menewaskan Yi Fan-Shu Xian iaitu pada pertemuan pertama mereka, manakala empat aksi berikutnya memihak kepada beregu China itu.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi