Jemaah umrah dakwa dengar bunyi letupan di Kota Madinah

MADINAH – Media sosial digemparkan dengan video tular memaparkan dakwaan beberapa jemaah umrah terdengar bunyi letupan di Kota Madinah awal pagi Khamis waktu tempatan.

Video yang banyak dikongsi di TikTok menunjukkan jemaah pulang dari Masjid Nabawi selepas solat Subuh sebelum terdengar dentuman serta melihat cahaya di langit yang disangka sebagai ‘peluru berpandu’.

Ada juga pengguna media sosial mengaitkan insiden itu dengan serangan ke Doha baru-baru ini.

Namun sehingga kini, tiada laporan rasmi atau pengesahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berhubung serangan peluru berpandu atau kejadian letupan di kawasan berkenaan.

Keadaan keselamatan di Madinah dilaporkan kekal kondusif dan terkawal.

Aktiviti ibadah di Masjid Nabawi berjalan seperti biasa dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Penerbangan ke Arab Saudi juga beroperasi mengikut jadual, dengan jemaah umrah dari pelbagai negara tiba dan menunaikan ibadah tanpa sebarang gangguan.

Tribunnews melaporkan, Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berhubung dakwaan tersebut.

Related Posts

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa ketua perisikan sementara yang baharu dilantik supaya memulakan tindakan memecat kakitangan. Perkara itu menambah kontroversi berhubung pelantikan individu tidak mempunyai pengalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

RANCANGAN Israel untuk meluaskan penguasaan ketenteraannya sehingga merangkumi 70 peratus wilayah Gaza mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan warga Palestin yang menyifatkan zon perlindungan sivik kini semakin mengecil dan tidak lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka