Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

SRI AMAN – Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merupakan salah satu inisiatif yang dirangka bagi memperkukuh dan meningkatkan kemajuan usahawan Bumiputera.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, inisiatif PuTERA35 adalah antara usaha Kerajaan MADANI dalam membantu para usahawan khususnya Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan sendiri.

“Kerajaan Persekutuan memiliki usaha dalam membantu para usahawan Bumiputera iaitu menerusi PuTERA35 termasuk kepada usahawan di luar bandar yang mahu memiliki aset sendiri”, katanya.

“Sebagai contoh seperti di Sri Aman, jika para usahawan mahu memiliki aset sendiri, saya mencadangkan dua pendekatan iaitu dengan penubuhan koperasi dan melalui inisiatif PuTERA35 ini”, tambah beliau ketika dalam sesi soal jawab bersempena Program Jelajah Jalinan Borneo RMK13 di Sri Aman, hari ini.

Tambahnya lagi, melalui PuTERA35 ini, kerajaan juga berhasrat mahu memastikan usahawan dapat dimajukan dengan pelbagai bentuk bantuan termasuklah dari segi kewangan, sokongan perniagaan halal, serta jaringan hubungan antara penjual dan pembeli.

Untuk rekod, inisiatif PuTERA35 ini dibangunkan dengan tema Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P) Bumiputera turut melibatkan 12 Pemacu dan 132 Ikhtiar.

Terdahulu, Kementerian Ekonomi meneruskan Jelajah Jalinan Borneo RMK13 di lokasinya iaitu Sri Aman.

Program ini diadakan bertujuan bagi mendekatkan rakyat Borneo kepada dasar serta perancangan pembangunan kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Program tersebut melibatkan sesi libat urus bersama pakar, pemain industri, NGO, organisasi masyarakat sivil (CSO), masyarakat awam serta pentadbiran negeri, bahagian dan daerah di sekitar Sri Aman untuk membincangkan sinergi pembangunan serta pendekatan pelaksanaan dasar yang lebih efektif di peringkat tempatan.

FOTO: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman