Kes Zara Qairina: Bekas guru besar didakwa ugut Pakar Patologi

KOTA KINABALU – Seorang bekas guru besar dihadapkan ke Mahkamah Seksyen pada Khamis atas pertuduhan memuat naik hantaran di Facebook yang berbentuk ugutan terhadap Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, baru-baru ini.

Tertuduh, Kamul Kamaruddin, 61, yang menggunakan akaun Facebook ‘Amung Kamaruddin’ mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Marlina Ibrahim.

Hantaran berunsur ancaman itu dimuat naik kira-kira pukul 11 malam pada 4 September lalu dan dibaca sehari selepas itu oleh Dr Jessie kira-kira 4.15 petang semasa berada di Luyang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah subseksyen (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Lovely Natasha Charles dan Eugenie Meredith Gilbert manakala tertuduh diwakili Peguam Elhanan James.

Lovely mencadangkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin tempatan.

Dalam pada itu, Elhanan merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya seorang pesara guru besar sekolah rendah di Semporna, pesalah kali pertama serta mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, gout dan alahan serius.

“Anak guam saya juga merupakan pencari nafkah utama kepada dua orang adiknya selain telah memberi kerjasama penuh kepada polis sejak ditahan pada 8 September lalu,” katanya.

Bagaimanapun, tambah TPR Eugine, jumlah jaminan yang signifikan tetap perlu ditetapkan kerana tertuduh menetap di Semporna dan kehadirannya ke mahkamah di Kota Kinabalu perlu dijamin.

Oleh itu, mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin tempatan selain mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis sekali sebulan serta menyediakan penjamin yang sah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 29 September depan.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu