Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik sewa

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 70-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan sudah membusuk di sebuah bilik sewa di Metrocity, Kuching pada malam 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 11.24 malam selepas terhidu bau busuk dari bilik berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Gita segera ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati mayat seorang lelaki warga emas berada di dalam bilik sewa itu. Mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ketua Polis Balai Gita, ASP Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156, Balai Polis Gita di 082-254417, atau hadir ke balai polis berhampiran.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan