Usahawan, kerani jadi mangsa scam, rugi lebih RM850,000

MIRI – Dua kes penipuan membabitkan sindiket telefon dan pelaburan tidak wujud dilaporkan di Sarawak, dengan jumlah kerugian mencecah lebih RM850,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kes pertama membabitkan seorang usahawan wanita tempatan berusia 60-an di Miri yang terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai National Scam Response Centre (NSRC).

“Mangsa dihubungi suspek pada awal Ogos lalu dan dimaklumkan nombor telefonnya terlibat dengan scammer. 

“Kemudian, mangsa disambungkan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis. Akibat terpedaya, mangsa membuat beberapa transaksi dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek, berjumlah kira-kira RM550,000,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis. 

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek masih terus mendesak bayaran tambahan.

Kes kedua pula melibatkan seorang kerani tadbir berusia lewat 50-an di Kuching yang tertarik dengan iklan pelaburan dalam talian ‘Ares MFC’ di Facebook pada Jun lalu.

“Mangsa berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan diminta memuat turun aplikasi pelaburan. Mangsa seterusnya membuat beberapa transaksi berjumlah kira-kira RM300,000. Bagaimanapun, baki wang tidak dapat dikeluarkan selepas suspek gagal dihubungi,” jelas Mancha.

Sehingga laporan dibuat, mangsa hanya berjaya mengeluarkan RM2,880 daripada jumlah pelaburan tersebut.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan panggilan daripada individu tidak dikenali, meskipun mendakwa wakil agensi rasmi.

Orang ramai juga disaran hanya melabur melalui platform yang sah serta berdaftar dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Masyarakat perlu berhati-hati dengan tawaran pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. Semakan boleh dibuat melalui laman web Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, aplikasi Investment Checker atau laman semak mule PDRM,” tegas beliau.

Orang awam yang menjadi mangsa penipuan boleh segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi tindakan pantas menyekat transaksi.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan