SPRM tegas betulkan tadbir urus, anggota bomba direman salah guna kuasa

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperlihatkan ketegasan dalam usaha membetulkan tatbir urus apabila seorang anggota bomba direman tujuh hari bermula hari ini.

Menurut sumber, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas permohonan dibuat SPRM di Kompleks Mahkamah Kangar.

“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan kedudukan serta jawatannya untuk mendapatkan wang sewa tanah jabatan daripada seorang pesawah,” katanya.

“Bayaran yang diminta berjumlah RM3,000 setiap musim padi dengan jumlah keseluruhan mencecah RM12,000 antara tahun 2023 hingga 2024,” jelasnya.

Terdahulu, suspek hadir ke pejabat SPRM Perlis sekitar pukul 2 petang semalam sebelum ditahan dua jam kemudian bagi membantu siasatan.

Pada Februari lalu, individu sama turut direman berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM30,000 di mahkamah sama.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab Gani mengesahkan tangkapan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi