Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya tingkat keyakinan sistem keadilan negara

KOTA KINABALU – Keputusan pemisahan sepenuhnya antara peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, serta keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS), Datuk Mohd Nazim Maduarin berkata, penyatuan dua peranan yang berbeza ini telah menimbulkan persepsi wujudnya pertindihan antara kepentingan politik dengan kebebasan pendakwaan.

Beliau berkata, penubuhan jawatan Pendakwa Raya yang berasingan dan berkuasa melalui perlembagaan akan memastikan pendakwaan jenayah dijalankan secara adil, telus, dan bebas daripada pengaruh eksekutif.

“Bagi para pengamal undang-undang, reformasi ini akan memberi kejelasan yang lebih besar dalam amalan litigasi kerana peguam bela akan berurusan dengan perkhidmatan pendakwaan yang bebas secara institusi daripada peranan Peguam Negara sebagai penasihat kepada kerajaan.

“Manakala bagi tertuduh pula, ia mengukuhkan prinsip bahawa setiap individu berhak mendapat perbicaraan adil yang dikendalikan oleh pihak pendakwaan yang tidak memihak di hadapan badan kehakiman berkecuali,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Jelasnya, SLS mengambil maklum bahawa perbaharuan ini akan melibatkan pindaan perlembagaan serta penggubalan undang-undang baharu termasuk Akta Pendakwa Raya khusus dan pindaan susulan kepada Kanun Tatacara Jenayah serta undang-undang berkaitan.

Justeru, SLS menggesa agar reformasi ini dilaksanakan dengan perundingan bersama ketiga-tiga Badan Peguam yang mengawal selia profesion guaman di Malaysia, iaitu Majlis Peguam Malaysia (bagi Semenanjung Malaysia), Sabah Law Society (bagi Sabah) dan Persatuan Peguam Bela Sarawak (bagi Sarawak).

“Ini juga perlu melibatkan masyarakat sivil dan semua pihak berkepentingan supaya peralihan berjalan lancar serta akses kepada keadilan dapat terus dipelihara sepanjang tempoh peralihan.

“Pemindahan kuasa ini bukan semata-mata soal struktur. Ia mencerminkan komitmen baharu terhadap kesucian keadilan, perlindungan hak asasi dan pengukuhan institusi demokrasi di Malaysia.

“SLS bersedia menyumbang secara positif kepada pelaksanaan reformasi ini dan tetap berpegang kepada prinsip bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan,” ujarnya.

Pada Rabu, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selepas dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jemaah menteri turut bersetuju bahawa pelaksanaan ini akan dibuat secara berfasa dengan beberapa penyesuaian pada struktur dan prosedur sedia ada.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit