ENGLAND semakin menghampiri kelayakan automatik ke Piala Dunia tahun depan selepas membelasah Serbia 5-0 dalam aksi Kumpulan K, dengan kapten Harry Kane membuka jaringan.
Kane melebarkan rekodnya dengan gol ke-74 untuk England, manakala Noni Madueke, Ezri Konsa dan Marc Guehi masing-masing menjaringkan gol senior antarabangsa pertama.
Marcus Rashford melengkapkan pesta jaringan menerusi penalti lewat permainan.
England kini mengutip maksimum 15 mata daripada lima perlawanan dan berpeluang mengesahkan kelayakan automatik sebagai juara kumpulan bulan depan.
Selepas dikritik kerana persembahan longlai ketika menang 2-0 ke atas Andorra di laman sendiri pada Sabtu, skuad kendalian Thomas Tuchel kali ini mempamerkan aksi terbaik sejak diambil alih pengendali dari Jerman itu.
England tidak pernah tewas di Belgrade sejak tahun 1958.







