Malaysia raih potensi pelaburan RM450 juta dari Belanda

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta sektor mesin hasil Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke Belanda pada 5 September lalu.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pelaburan itu dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi selain memperkukuhkan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi semikonduktor, tenaga boleh diperbaharui dan aplikasi Industri 4.0.

Dalam misi tersebut, katanya, MITI turut menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Belanda, Vincent Karremans di The Hague yang memberi tumpuan kepada industri semikonduktor.

“Dengan menarik potensi pelaburan RM450 juta, kita mempercepatkan usaha merealisasikan Strategi Semikonduktor Negara serta menghampiri sasaran RM500 bilion pelaburan semikonduktor dan E&E menjelang 2030.

“MoC ini juga menyokong objektif utama Malaysia untuk muncul sebagai hab penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Zafrul menegaskan, misi berkenaan turut mengukuhkan hubungan ekonomi jangka panjang antara Malaysia dan Belanda.

“Selain itu, pertemuan dengan beberapa agensi pembangunan wilayah Belanda termasuk Brainport Industries turut diadakan bagi membincangkan kerjasama industri dan rantaian bekalan.

“Usaha ini mencerminkan strategi lebih luas Malaysia untuk menarik pelaburan berkualiti, memperdalam kerjasama ekonomi serta menjamin daya saing jangka panjang dalam rantaian bekalan teknologi global,” katanya.

Pada 2024, Belanda merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) dan rakan dagang kedua terbesar dalam blok itu dengan jumlah dagangan mencecah RM41.26 bilion.

Momentum itu berterusan tahun ini apabila dagangan dua hala dari Januari hingga Julai meningkat 15.9 peratus kepada RM25.76 bilion (AS$5.92 bilion).

Belanda juga kekal sebagai pelabur keempat terbesar di Malaysia dengan 314 projek pembuatan bernilai RM103.8 bilion (AS$25 bilion) setakat Jun 2025, sekali gus mewujudkan lebih 55,000 peluang pekerjaan.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa