Ribuan banjiri Padang Merdeka sertai perarakan Maulidur Rasul

KUCHING – Padang Merdeka, lokasi bersejarah di tengah bandar raya Kuching, sekali lagi menjadi saksi kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah apabila ribuan peserta dari pelbagai latar belakang hadir menyertai perhimpunan dan perarakan berwarna-warni, pagi ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata sambutan luar biasa itu membuktikan semangat cinta umat Islam terhadap Rasulullah SAW terus subur dan semakin kukuh.

“Penyertaan kontinjen dari seluruh Sarawak sejak awal pagi tadi jelas menunjukkan keazaman masyarakat Islam untuk menzahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Kehadiran beramai-ramai ini adalah bukti bahawa kasih sayang kepada junjungan besar Rasulullah tidak pernah luntur walaupun zaman terus berubah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di hadapan tetamu kenamaan dan para peserta.

Beliau menegaskan, usaha murni seperti ini wajar diteruskan kerana mampu mempererat hubungan silaturahim antara masyarakat, selain menjadi simbol kesatuan ummah di negeri ini.

“Semoga apa yang kita lakukan hari ini diterima Allah SWT sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran sebaik-baiknya. Kehadiran ribuan peserta bukan sekadar menceriakan suasana, malah memperlihatkan kekuatan dan kesatuan umat Islam di Sarawak,” ujarnya penuh optimis.

Menurut Abdul Rahman, penganjuran perhimpunan dan perarakan ini turut menjadi wadah dakwah secara tidak langsung kerana mampu menarik perhatian generasi muda untuk lebih mendalami dan mencontohi keperibadian Rasulullah SAW.

“Saya percaya apabila nilai kasih sayang, akhlak mulia dan perpaduan yang ditunjukkan hari ini terus dipupuk, maka masyarakat Islam di Sarawak akan lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya lagi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pendidikan serta masyarakat umum yang telah berganding bahu menjayakan majlis tersebut.

“Sambutan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama semua pihak. Ia menjadi bukti bahawa apabila kita bersatu hati, kita mampu melaksanakan sesuatu dengan penuh jayanya,” tambahnya.

Majlis yang penuh warna-warni itu diserikan dengan laungan selawat, bacaan doa serta semangat ukhuwah yang terpancar daripada setiap wajah peserta, sekali gus menzahirkan suasana penuh keberkatan.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow