DAP Sabah tawar politik baharu berteraskan dasar, sedia hadapi PRN17

KOTA KINABALU – DAP Sabah menyatakan komitmen penuh untuk menawarkan bentuk politik baharu yang berteraskan dasar, keikhlasan dan akauntabiliti kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), sambil menolak pendekatan politik berasaskan angka dan pakatan bersifat sementara.

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, parti itu kini sedang memperkemas jentera dan strategi, dengan tumpuan khusus kepada penyampaian dasar yang meyakinkan serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran yang berintegriti dan berkesan.

“Kami melihat perkembangan politik semasa dari sudut pandang makro dan bagi DAP serta Pakatan Harapan (PH), ia satu perkembangan yang positif.

“Tetapi lebih utama, kami mahu menegaskan bahawa politik bukan hanya tentang siapa bersama siapa, sebaliknya tentang dasar, kejujuran untuk berkhidmat dan bagaimana kita boleh benar-benar memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya semasa merasmikan bilik gerakan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kapayan, di sini, pada Jumaat.

Menurut Phoong, walaupun rundingan antara parti-parti politik terus berlangsung menjelang PRN, DAP memilih untuk menyerahkan mandat kepada rakyat terlebih dahulu sebelum sebarang pembentukan kerjasama politik dibuat sejajar dengan amalan demokrasi matang di negara-negara maju.

“Di Eropah, setiap parti politik mempunyai hak untuk masuk pilihan raya dengan manifesto tersendiri. 

“Selepas itu barulah mereka duduk bersama dan membentuk kerajaan berdasarkan dasar yang dipersetujui bersama.

“Inilah bentuk politik progresif yang kami mahu bawa, bukan sekadar strategi jangka pendek yang rapuh,” ujarnya.

Tambahnya, kerusi DUN Kapayan yang dimenangi DAP sejak 2013 kekal sebagai medan penting bagi membuktikan kemampuan sebenar parti dalam menyampaikan khidmat berkualiti kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata DAP Sabah telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh dua setengah tahun lalu terutamanya dalam aspek pembangunan industri, peningkatan peluang pekerjaan serta usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kami percaya masa depan Sabah boleh dimodenkan. Kita mahu membawa masuk lebih banyak pelaburan, menawarkan pekerjaan yang berkualiti dan membentuk kerajaan yang stabil dan berfungsi dengan baik.

“Jika rakyat memberikan mandat, kita komited membawa perubahan menyeluruh kepada negeri ini,” katanya.

Phoong turut menambah bahawa jentera DAP Sabah kini berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya, dengan segala persiapan logistik dan strategik telah digerakkan bagi memastikan kemenangan yang meyakinkan dalam PRN akan datang.

“Rakyat Sabah sudah bersedia untuk menerima bentuk politik baharu yang lebih bertanggungjawab, berprinsip dan berorientasikan dasar.

“Inilah janji dan komitmen kami,” tegasnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin dan Naib Pengerusi DAP Sabah, Datuk Jannie Lasimbang.

Related Posts

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan telah memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow