WHO umum darurat mpox tamat

GENEVA – Penyakit berjangkit cacar monyet atau mpox, yang lazimnya tersebar luas di Afrika bukan lagi darurat kesihatan antarabangsa, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

WHO dalam pengumuman berkata, keputusan itu dibuat susulan syor daripada panel pakar bebas untuk menamatkan status darurat yang diisytiharkan pada 2024.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu di Switzerland berkata, jumlah kes semakin menurun di negara-negara Afrika yang terjejas.

Selain itu, sejak WHO mengisytiharkan darurat, pengetahuan mengenai faktor dan risiko jangkitan telah bertambah.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa bahaya masih belum berakhir dan pihak berkuasa mesti sentiasa berwaspada.

Menurut data WHO, kes turut dilaporkan baru-baru ini di Jerman, Britain, China dan Turkiye.

Bagaimanapun, individu yang dijangkiti di negara-negara itu hampir semuanya mendapat penyakit berkenaan semasa melakukan perjalanan.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

UMNO perlu jadi parti pembina negara

UMNO perlu jadi parti pembina negara