Guru rugi lebih RM200,000 ditipu melalui panggilan telefon

KUANTAN – Seorang guru menetap di Maran, mengalami kerugian RM230,447 selepas diperdaya sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian itu bermula pada 16 Jun lalu apabila wanita berusia 40 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai insurans.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu lain yang kononnya pegawai polis, pendakwa raya dan pegawai Bank Negara Malaysia.

“Suspek kemudian mendakwa mangsa terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan mempunyai 23 akaun bank berdaftar atas namanya,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, suspek mengarahkan mangsa membuka akaun baharu di sebuah bank sebelum membuat pinjaman.

“Mangsa diminta memasukkan wang simpanan, wang pinjaman dan hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun itu kononnya untuk menangguhkan waran tangkap serta mengelakkan aset miliknya dibekukan.

“Sepanjang tempoh 24 Jun hingga 2 September lalu, mangsa melakukan 11 transaksi ke beberapa akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM230,447,” jelasnya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau mengingatkan masyarakat agar membuat semakan nombor akaun diterima melalui pautan https://semakmule.rmp.gov.my/

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan