Umat Islam harus hayati ajaran, warisan Rasulullah – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam menghayati dan menjadikan ajaran serta warisan Rasulullah SAW sebagai panduan terbaik untuk terus bekerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan masyarakat Muslim.

Beliau berkata, ketika manusia dahagakan tauladan dan contoh budiman, Baginda menawarkan wawasan serta aspirasi kemanusiaan yang menyerlahkan suara kejujuran dan kejernihan jiwa.

“Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, Baginda juga simbol perpaduan dan pemimpin yang dihubungkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai.

“Istilah al-Madinat al-Munawwarah pula mengisyaratkan tamadun kekotaan didasari cahaya (petunjuk wahyu) dan mengakar pada asas tauhid.

“Ia membayangkan aspirasi pembinaan kota sebagai tapak tamadun yang kemudian memberi dampak besar kepada dunia.

“Berakar kepada sunnah kenabian dan berpohon kepada rahmah Allah SWT, ayuh kita hadapi ranjau dalam kembara membina bangsa dan negara dengan contoh serta hikmah ar-Rasul,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penghayatan dan kefahaman mendalam terhadap ajaran Rasulullah SAW, berupaya melahirkan umat Islam yang berperanan menjadi penggerak kepada pembinaan negara bangsa berasaskan nilai Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, warisan ditinggalkan Baginda melalui kepimpinan di Madinah juga adalah contoh terbaik sebagai panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran kini.

“Melalui kepimpinan Nabi Muhammad SAW di Madinah, Baginda meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu serta akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai keagamaan.

“Masyarakat MADANI dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul yang dicirikan oleh iman, nilai-nilai khayr (kebaikan), bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat, beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai makruf dan pembasmian gejala mungkar,” katanya.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran