Mustapha sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud pada Khamis menyumbangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang diterimanya kepada keluarga miskin.

Mustapha, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, menggunakan kad pengenalannya untuk membeli barangan keperluan di Pasar Raya Bataras Kelombong, sebelum menyerahkan kepada penerima sumbangan.

“Pada petang ini kita berada di Bataras Kebombong ini di Parlimen Sepanggar untuk kita buat inisiatif yang juga dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain.

“Jadi di peringkat Negeri Sabah ini saya juga tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang sumbangan RM100 yang diberikan oleh Kerajaan MADANI, Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Jadi apa yang kita buat, kita beli menggunakan kad pengenalan sendiri tetapi kita berikan kepada yang lebih memerlukan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan tersebut, Pasar Raya Bataras Kelombong, di sini pada Khamis.

Katanya, beliau berharap lebih ramai pihak akan melaksanakan inisiatif sama, selain menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya golongan M40 dan T20 untuk turut serta membantu keluarga yang memerlukan di sekeliling mereka.

“Jadi di peringkat MPN Sabah saya telah meminta kepada YB YB kita untuk mengambil langkah yang sama dan juga semua pimpinan parti yang ada jawatan dalam GLC sama ada di peringkat Persekutuan ataupun di peringkat negeri.

“Jadi masing-masing akan bergerak di lokaliti masing-masing menggunakan kaedah yang sama, beli dan sumbangkan kepada yang lebih memerlukan dan di peringkat parti kita cadangkan supaya mengutamakan golongan B40 yang merupakan ahli parti,” ujarnya.

Tambahnya, usaha itu bukan sahaja meringankan beban penerima, malah menjadi peluang untuk menambah amal jariah dan pahala.

“Daripada kita mempertikaikan usaha murni yang dibuat oleh Perdana Menteri baik kita mengambil peluang ini untuk menambah amal jariah kita untuk menambah pahala kita dengan menyumbang kepada orang yang lebih memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Wong Koh Foh meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang diterima daripada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu.

Wong merupakan warga emas berusia 71 tahun yang masih menanggung dua orang anak di bawah jagaannya, kedua-duanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketika ditanya, dia berkata, pendapatannya dalam sebulan hanya kira-kira RM200 ke RM300 iaitu hasil daripada memungut dan menjual tin.

Related Posts

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis
  • AdenAden
  • September 13, 2026

KULAI – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas pemandunya bertindak agresif merempuh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Kenari, Bandar Putra, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

  • By Aden
  • September 13, 2026
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah