Kementerian Komunikasi jumpa pengurusan Meta bulan ini

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dijangka mengadakan pertemuan dengan Meta Platforms Inc (Meta) bulan ini susulan peningkatan aduan kandungan penipuan atau scam membabitkan pelbagai platform media sosial kendalian syarikat itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kandungan bermasalah di platform Facebook dan WhatsApp daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta orang awam.

Katanya, setakat semalam, terdapat sekurang-kurangnya 31 akaun palsu menyamar sebagai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dikesan di platform media sosial di bawah Meta, dipercayai bagi memperdaya orang ramai.

“Maksudnya dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram banyak kandungan scam dan kandungan bermasalah.

“Sebelum ini, kita terima aduan tentang penjualan cecair vape mengandungi dadah, yang kebanyakannya dilihat dijual di Facebook.

“Oleh kerana kerjasama Meta setakat ini bagi saya sangat tidak meyakinkan, saya mengarahkan supaya mereka dijemput untuk satu perbincangan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan@Kelab Malaysiaku Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Julina Johan dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj.

Untuk rekod, Meta adalah pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Sementara itu, Fahmi menjelaskan, aduan mengenai penyalahgunaan platform media sosial bagi tujuan penipuan dan jenayah siber lain semakin meningkat dan usaha menanganinya sedang giat dilaksanakan di pelbagai peringkat.

“Pada hari ini kita akan bertemu dengan pihak TikTok dan selepas itu kita akan bertemu dengan pihak Meta.

“(Pertemuan) kita harap dapat diadakan dalam masa beberapa minggu, jadi sekarang kita sedang menyusunnya,” katanya lagi menurut laporan Bernama.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, pihak pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman hari ini berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada PDRM dalam menangani isu penyebaran berita palsu di platform terbabit.

Beliau menegaskan, Malaysia bersedia mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap platform media sosial yang membenarkan aktiviti jenayah siber.

“Kementerian Komunikasi turut mengambil maklum tindakan kerajaan Singapura yang mengenakan denda sehingga S$1 juta terhadap Meta atas kegagalan melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi menangani jenayah scam di platform mereka.

“Kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap platform yang membenarkan penjenayah – terutama scammer – menyalahgunakan platform mereka untuk memangsakan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Fahmi dalam ucapannya mendedahkan beliau hampir menjadi mangsa penipuan apabila menerima mesej mencurigakan menerusi WhatsApp daripada individu menyamar sebagai seorang bekas Ahli Parlimen.

“Semalam ada seorang kononnya bekas Ahli Parlimen hantar mesej kepada saya dalam WhatsApp, namanya ‘Datuk Seri Hasan Arifin’.

“Dia mesej saya dan mesej agak kelakar… (mesejnya adalah) Boleh minta bantuan sedikit, saya nak pinjam RM4,400… rupa-rupanya akaun WhatsApp dia telah digodam,” katanya.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri