89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 109 97 106 108 105 115 32 112 101 108 117 110 99 117 114 97 110 32 75 105 108 97 110 103 32 69 86 32 80 114 111 116 111 110 32 100 105 32 84 97 110 106 117 110 103 32 77 97 108 105 109 44 32 80 101 114 97 107 46 32 52 32 83 101 112 116 101 109 98 101 114 32 50 48 50 53 46 32 65 70 73 81 32 72 65 77 66 65 76 73 47 80 101 106 9
DATUK Seri Anwar Ibrahim mempelawa syarikat gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) meningkatkan pelaburan dalam usaha membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
Perdana Menteri berkata, AHTV akan menjadi pusat penting untuk rantaian bekalan automotif serantau hasil daripada pelaburan besar syarikat automotif negara, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON).
“Kita mahu menjadikan ini (AHTV) sebagai pusat penting bagi Geely dan saya beritahu kepada Pengerusi Li Shufu bahawa Geely perlu menggunakan peluang ini untuk adakan bukan sahaja kilang menghasilkan kereta, malah sebagai pusat kecemerlangan untuk latihan dan pendidikan,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Kilang EV Proton, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerjasama antara kerajaan negeri dan kementerian berkaitan amat penting untuk menjayakan pelaburan di kawasan AHTV.

