DBKU Road Race 3.0 tawar cabaran berbasikal bertaraf antarabangsa

KUCHING — Acara berbasikal jalan raya berprestij, DBKU Road Race 3.0 anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kembali mewarnai Kuching pada 7 September ini (Ahad) bermula 7 pagi. 

Penganjuran kali ketiga ini meneruskan kejayaan edisi terdahulu pada 2023 dan 2024 yang mendapat sambutan luar biasa daripada pelumba seluruh negara.

Untuk edisi kali ini, cabaran lebih mencabar menanti dengan laluan sejauh 126 kilometer, bermula dari Tugu Pahlawan sebelum menamatkan kayuhan di Bukit Siol, Ibu Pejabat DBKU.

Sebanyak 130 peserta daripada 23 pasukan, termasuk wakil dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Afrika Selatan, bakal menggalas cabaran. Hadiah keseluruhan berjumlah RM15,650 ditawarkan, merangkumi kategori Junior Champion (Best Young Driver), King of Mountain, King of Sprint, Best Individual dan Team Champion.

DBKU Road Race bukan sekadar pertandingan sukan, sebaliknya menjadi platform penting untuk memperkenalkan Kuching sebagai destinasi pelancongan sukan (sports tourism). Laluan perlumbaan bukan sahaja mencabar fizikal pelumba, malah memperlihatkan panorama indah bandar raya serta persekitarannya.

Penganjuran ini juga menjadi komitmen berterusan DBKU untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, selain mengeratkan silaturahim antara komuniti, pihak berkuasa dan pelbagai agensi.

Dari segi keselamatan, DBKU menegaskan persiapan telah dilakukan dengan rapi. Pelbagai agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, St John Ambulance Sarawak serta Persatuan Superbikes Association Malaysia.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan penaja utama seperti iSport Wear, Checkpoint Spot Sdn. Bhd. serta Mayora Malaysia. Kolaborasi erat ini membuktikan kejohanan ini hasil gabungan kukuh antara kerajaan tempatan, badan sukan dan sektor swasta.

Menariknya, kategori Junior Champion memberi ruang kepada bakat muda diketengahkan, seiring aspirasi melahirkan lebih ramai pelumba berpotensi yang mampu mewakili negeri dan negara pada masa hadapan.

DBKU menegaskan penganjuran acara berprestij ini selari dengan visi menjadikan Kuching sebagai ‘Bandaraya Pilihan yang Berdayahuni dan Dinamik.’ Ia menjadi simbol usaha berterusan DBKU mengangkat nama Kuching ke persada antarabangsa.

Pelancaran kejohanan disempurnakan dengan kehadiran Pemangku Pengarah DBKU, Kartini Bushra, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti, Rudzaimeir Malek, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak, Irawan Sudarsono, serta Pengarah Perlumbaan DBKU Road Race 3.0, Azhar Bujang, bersama-sama rakan strategik lain.

Related Posts

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai