KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru rakyat mendoakan keselamatan dan kejayaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
“Semoga misi kemanusiaan GSF ke Gaza beroleh kejayaan,” demikian titah baginda berdua menerusi hantaran berserta poster dimuat naik menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang malam tadi.
Sebanyak 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza pada 1 September lalu.
Kapal itu disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.





