Rakyat Malaysia gembira, bersyukur dapat manfaat SARA

RATA-rata rakyat Malaysia melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila dapat menebus serta memanfaatkan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Malah ada yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pembayar cukai kerana sumbangan mereka membolehkan bantuan ini disalurkan.

Tinjauan The Malaysia Press di media sosial, khususnya di platform Thread dan X, mendapati rata-rata pengguna berkongsi pengalaman positif selain menghargai peluang membeli barangan keperluan dengan lebih mudah.

Seorang pengguna media sosial, @_qhzhr menzahirkan penghargaan kepada pembayar cukai kerana hasil sumbangan tersebut membolehkan ramai penerima, khususnya warga emas, menikmati bantuan yang disediakan.

“Harini aku jumpa ramai warga emas yang dapat faedah MySARA … mereka sanggup beratur lebih dua jam hanya untuk membeli beras, minyak dan lampin dewasa. Aku pun salah seorang penerima bantuan, MySARA sangat membantu meringankan keterdesakan kewangan aku. Doakan semoga aku juga berjaya jadi pembayar cukai seperti kalian,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @denabahrin, berkongsi rasa syukur kerana bantuan tersebut dapat menampung perbelanjaan keluarga.

“Sebenarnya seronok dapat MySARA tu. Dapatlah ‘chip in’ beli makanan, bahan ruji untuk kami anak-beranak dan keperluan,” katanya.

Turut berkongsi kisah, @lidhabi yang menggunakan manfaat MySARA bagi membantu ahli keluarga terdekat.

“MySARA ku sedekahkan untuk cucu saudara yang baru kehilangan ibu akibat kemalangan dan ayah pula tidak dapat dikesan. Alhamdulillah RM97.85,” katanya.

Bagi pengguna @miranaddd pula, dakwaan mengenai pilihan barang yang terhad ditepis setelah beliau menggunakan MySARA di sebuah pasar raya.

“Orang cakap tak banyak pilihan barang, tapi ikutkan pengalaman semalam, ok juga pilihan yang boleh dibeli. Beras basmathi pun boleh beli guna MySARA. Telur yang selalu kami beli pun boleh juga,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @akobs_daughther turut melahirkan rasa puas hati kerana MySARA menawarkan pelbagai barangan keperluan bulanan.

“Seronok tengok orang beli barang pakai MySARA, puas hati banyak barang boleh beli untuk kegunaan sebulan, malah lebih juga. Alhamdulillah,” tulisnya.

Secara keseluruhannya, perkongsian pengguna di media sosial jelas memperlihatkan penerima SARA amat menghargai inisiatif Kerajaan MADANI yang bukan sahaja meringankan kos sara hidup, malah memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan lebih terjamin.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu